JELAJAH SEMENANJUNGKami Kumpulan Wanian Mini Motorsport yang berasal dari Bandar Klang, Kampung Batu 3, Jalan Kapar , adalah sebuan kumpulan peminat dan pemilik Kereta Mini klasik sebagai hobi harian yang telah pun beraktif sejak tahun 1997, kami juga menjalankan kerja-kerja membaik pulih bahagian-bahagian kereta terutamanya bahagian enjin, begitu juga sentiasa aktif mengambil bahagian aktiviti-aktiviti anjuran dari mana-mana Persatuan Kereta Mini di dalam negara serta menjalankan Aktiviti Tahunan untuk Ahli Kumpulan kami.
Di sini, kami berhasrat untuk menganjurkan Penjelajahan Semenanjung Malaysia dalam masa 50jam bersama 4 buah kereta mini yang terpilih, tujuan kami menganjurkan aktiviti ini adalah untuk menyambut Ulangtahun Kereta Mini Sedunia Yang Ke-50.
Disamping itu, melalui aktiviti tersebut secara tidak langsung memperkenalkan kepada orang ramai bahawa kereta mini dalam Malaysia kini sudah pun mencapai usia setengah abad, sehingga hari ini, masih ramai peminat dan pemilik dari pelbagai golongan, walaupun penjagaan dan membaik pulih kendaraan ini bukan suatu perkara yang mudah, malahan ada yang sunggup berbelanja besar serta mengambil masa yang lama untuk mengekalkan ciri-ciri klasik mengikut model asal, ia juga dapat menarik minat golongan generasi baru untuk mengekalkan tradisi Kereta Mini agar tidak luput di masa akan datang.
Pengeluaran kereta ini telah bermula pada tahun 1959 dan ditamatkan pada tahun 2000, tetapi alat-alat ganti pelbagi bahagian dari enjin hingga ke badan kereta ini masih mempunyai bekalan dari banyak negara terutama pengeluar asal England, walaupun model generasi mini baru telah pun berada di pasaran dunia.
Berharap hasrat kami akan tercapai demi sokongan dari setiap pihak semoga aktiviti ini dapat menafaat kepada mana-mana pihak yang mengambil bahagian serta dapat memberi kebanggaan kapada semua rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Kumpulan Penjelajahan tersebut akan bertolak pada 6/8/09 waktu jam 10pm di Balai Raya Kampung Batu Tiga dan akan sampai balik pada 8/8/09 waktu jam 10pm di tempat asal.
Sekian.
‘MENUJU WAWASAN NEGARA’
